Program Teknologi Kimia mengiktiraf permintaan yang bertambah oleh industri dan perdagangan untuk menyediakan pekerja yang seba berkebolehan. Satu-satunya kursus di Malaysia yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia menggabungkan bidang kimia dan kejuruteraan kimia untuk memajukan lagi proses perindustrian dengan alam sekitar yang terjamin. Sebagai tambahan, beberapa subjek lain juga telah dipilih untuk mempastikan siswazah mendapat kemahiran dalam teknologi yang berasaskan kimia serta berpengetahuan asas dalam komunikasi, aplikasi computer, kawalan mutu, pemasaran dan pengurusan. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai bidang berkaitan yang memberi kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap aspek teknologi. Pada tahun pertama, pelajar akan mengikuti kursus yang sama dengan pelajar yang mengkhusus dalam bidang kimia. Pelajar akan diperkenalkan kepada subjek bertaraf asas dan pelengkap daripada gabungan kimia dan kejuruteraan kimia serta beberapa subjek liberal yang dianggap penting dalam pembinaan sahsiah untuk menjadi pemimpin dalam sektor industri, perdagangan dan awam pada tahun dua dan akhir. Latihan industry akan diberikan selepas tamat kursus peringkat 2000 bagi mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan dan mendapatkan pengalaman sebenar dalam aspek teknikal, pengurusan dan pergaulan.
1 comments:
ble nk ltk gmbr???
Post a Comment